Tuesday, October 23, 2012

BAGAIMANA KEADAAN KITA DI DALAM KUBUR YANG SEMPIT INI?


Kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah kita kembali. Realiti kita adalah apa yang ada dalam gambar ini. Tidak ada yang akan membantu kita di sana kecuali amalan yang soleh..Sememangnya hakikat, kita mengabaikan perkara yang paling pasti akan datang bagi tiap-tiap orang - Kematian! Semoga Allah memberikan kepada kita rahmat dan meringankan kubur kita dengan cahaya syurga! Ameeenn..

Sunday, July 8, 2012

GAMBARAN PERJALANAN DI TITIAN SIRAT


Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, Baginda bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

~Subhanallah,, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Allahumma solli 'ala muhammad ♥



Sunday, January 22, 2012

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ :

(إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."




On the authority of Omar bin Al-Khattab, who said : I heard the messenger of Allah PHUB say: "Actions are but by intention and every man shall have but that which he intended. Thus he whose migration was for Allah and His messenger, his migration was for Allah and His messenger, and he whose migration was to achieve some worldly benefit or to take some woman in marriage, his migration was for that for which he migrated."

Tuesday, December 6, 2011



(¯`v´¯)✿✿.
`·.¸.·``Duhai Hawa..
Jadilah mawar yg tumbuh dtepi jurang.Hingga tak sembarang tangan lelaki dapat mendapatknmu.hingga jika pun suatu saat ada seorang lelaki memetikmu,pastilah lelaki yg paling berani berkorban untukmu. Bukan sembarang tangan, bukan sembarang orang,bukan sembarang lelaki. Kerana wanita bukanlah barang murah yang boleh disentuh seenaknya. Bukan barang hiasan yg dapat dpetik dengan ancaman kecil...^^

Saturday, December 3, 2011

Tajuk entry 'cerita semalam' tapi sebenarnya cerita lama sudah. Alhamdulillah, hari ini masih lagi mampu berjalan di bumi Allah. Masih lagi mampu menikmati keindahan dunia kurniaan Allah. Alhamdulillah. Sentiasalah kita mensyukuri segala pemberian Allah secara percuma ini. Semoga rasa syukur ini menjadikan kita hamba yang lebih kenal siapa Pencipta Kita ^_^~Pesanan buat diriku yang utamanya~



sering menyepi dari dunia maya. Hanya sekadar bertandang menyapa ruang kosong.

Oleh kerana tidak tahu buat apa-apa, saya pun menarikan tangan di papan kekunci Miss Lappy kesayangan saya. Teringat kisah sahabat serumah saya yang suka bertanya, dan saya insyaAllah menjawab dengan ilmuku yang senipis kulit bawang ini. Apa yang saya tahu, insyaAllah akan dikongsikan dan akan cuba untuk terangkan kepadanya..

"Yati, kalau saya tanya sesuatu boleh ka? Pasal Agama kamu ni."

"insyaAllah, boleh saja ^_^. Selagi saya mampu jawab, insyaAllah saya akan jawab. Tapi kalau saya tidak tahu, saya minta maaf. Saya kena rujuk dengan yang pakar dulu kemudian saya bagi tahu kamu. Boleh?"

"Apahal ada dalam agama kamu yang kamu tidak tahu? Bukan sepatutnya semua sudah kamu tahu ka?"

Saya mula tersenyum. Terus menatap muka si Minah Cina yang comel ni tapi kadang-kadang buat saya geram. Ada riak yang kurang senang diwajahnya bila saya memberi kenyataan bahawa saya kena bertanya yang pakar jika ada soalan yang saya tidak tahu jawapannya. Terus saja tersenyum sambil saya buat muka 'comel' depan dia.


Saya mula menyusun kata :-

"ok, kamu belajar math dari sekolah rendah kan? Dari umur mungkin 4 tahun sudah mengenal nombor, 1, 2, 3..Mungkin sudah boleh sebut A, B, C dan masuk sekolah rendah sudah kenal operasi-operasi tambah tolak darab dan bahagi. Bila naik sekolah menengah, kenal pula operasi-operasi yang lebih tinggi lepas tu banyak jalan kiranya. Iya kan?"

~dia mengangguk, masih kelihatan wajahnya yang kebingungan. Saya tersenyum dan meneruskan untuk memberikannya kefahaman. Tidak mahu dia tertanya-tanya.~

"...dan dari kecil begitu juga tahap kamu diajar mengenal Agama anutan kamu? Mama kamu bawa kamu ke Tokong. Didik kamu cara hidup dalam anutan agama kamu. Iya kan?"

~sekali lagi dia mengangguk. Kemudian dia tersenyum seolah-olah dapat menangkap apa yang akan saya katakan.~

"...kalau sekarang saya bertanya kamu tentang agama kamu, boleh kamu jawab? Boleh kan tapi ada batasan soalan yang tidak mampu kamu jawab. Macam sebelum ini saya pernah tanya, kenapa dalam agama kamu ada banyak dewa? kenapa mayat perlu dibakar? Apa hari-hari istimewa dalam agama kamu? Banyak yang kamu tidak dapat jawab kan?.."

"iya..."

~akhirnya dia bersuara diiringi senyuman manis. Berlesung pipit macam saya ^_^. Saya pun terangkan maksud seterusnya ;- ~

"..nah, begitu juga dengan saya. Ilmu saya terbatas. Lebih-lebih lagi saya baru merangkak mengenal agama saya walaupun saya dilahirkan dalam keadaan islam. Saya juga bukan pelajar dari bidang agama, hanya bersekolah di sekolah menengah biasa yang mana sekolah saya tidak menitikberatkan soal agama. Saya juga lahir dari latar belakang keluarga yang biasa-biasa. Masih jauh untuk mencapai tahap seperti yang kamu sangka. Logikkah budak tadika disoal mengenai Subjek yang dipelajari oleh pelajar menengah atas? Tidak kan. Nah begitu juga dengan saya. Kamu boleh soal apa sahaja, kalau saya mampu jawab insyaAllah saya akan jawab. Tapi kalau tidak, macam yang saya kata tadi saya akan bertanya dengan yang lebih arif lagi. Ok?"

~minta persetujuan dengan si Amoi ^_^~

"Auk. Tapi kamu jangan marah kalau saya tanya oooo."

"ish...tidak la. Ok maa ^_^"

"kenapa kamu mesti bertudung? Tidak panas ka. Dalam rumah pun pakai juga. Dalam bilik kamu pakai ka? Mandi pun kamu pakai ka?"

Allahu Allah. Semoga Allah memberikan kelembutan lidah ini untuk menjawab soalan tu. Untuk menjawab soalan dia, saya hanya menggunakan logik akal. Kalau dikeluarkan Firmah-firman Allah, takut dia tidak dapat memahaminya. Labih-lebih lagi ada beberapa ayat bahasa melayu yang tidak difahaminya. Tersenyum memandang wajahnya.

"Pertama sekali, kenapa kami mesti atau mesti pakai tudung?? Sebenarnya bukan mesti pakai tudung tapi WAJIB tutup aurat, maksudnya tidak semestinya hanya pakai tudung. Kalau pakai kain pelikat pun boleh yang penting tutup AURAT. Kenapa WAJIB menutup AURAT, kerana itu adalah perintah dari Allah, Tuhan yang kami sembah. Bila Allah memerintahkan sesuatu keatas umatNYA, sebagai umat islam kami WAJIB mentaatinya tanpa sebarang bantahan. Kenapa?? Sebab bertudung ini ada banyak hikmahnya. Ok, macam ni.. Saya ada dua biji gula-gula. Yang satu berbalit plastik, yang satu lagi terbuka macam tu tanpa dibalut plastik. Gula-gula tu saya letak atas meja ni. Dan sekarang saya bagi kamu pilih antara dua gula-gula tu, yang mana satu jadi pilihan kamu?


Terus saja merenung matanya. Menanti jawapan yang bakal dipilihnya. Tersenyum. Nampak wajahnya ligat memikirkan apakah yang menjadi pilihannya. Saya yakin pada apa yang dipilihnya adalah sama seperti pilihan saya. Berbalut plastik.

"pilih gula-gula yang berbalut plastik la..."


Tersenyum lebar. Nah, disana boleh pancing mindanya untuk mengetahui sendiri hikmah disebalik perintah Allah, hijab yang menutup diri ^_^. Saya menyoal lagi dengan penuh semangat. ;-

"kenapa pilih yang berbalut plastik?"

"sebab lebih bersih. Tidak ragu-ragu untuk dimakan. Rasa gula-gula berbalut tu lebih selamat."


Dan saya menyambung ;-


"iya. Selamat dan insyaAllah bersih. Manakala gula-gula yang tidak berbalut tu mudah terdedah dengan kotoran. Semut pasti mengerumuni gula-gula tu. Debu pasti melekat sungguh sukar untuk dikesan kehadirannya. Dan pasti permukaan gula-gula tu sudah tidak cantik. Lubang sana sini kerana semut. Iya kan??? Dan gula-gula yang berbelut tu, mesti tiada keraguan untuk kita makan.. Ada banyak lagi hikmah memakai tudung sebenarnya. Gangguan dari jantans pun dapat dielakkan. Fitrah manusia ini mahu yang cantik, seksi dan banyak lagi."


"Tapi kenapa yang lain pakai tudung tapi pakai baju pendek lengan. Kalau duduk nampak yang dibelakang. Pakai tudung tapi nampak juga bahagian dada? Ada pula yang pakai tudung tapi baju ketat. Boleh kah begitu?"


Allah. Apa yang patut saya jawab. Berusaha untuk mencari jawapan logik akal agar mudah dan boleh diterima oleh dia. Meminta izin sebentar untuk minum padahal otak memikir jawapan untuk soalan seperti ini. Selesai minum, melihat dia sedang membalas mesej yang dihantar oleh teman, saya mengambil masa itu untuk berfikir dan zikir. Allah. Saya pasti boleh!!


"Dalam Agama Islam, Allah sudah sediakan satu garis panduan menutup aurat dengan baik. Tapi kerana kecetekan ilmu seorang penganut, maka itulah yang terjadi. Ada juga yang tahu cara menutup aurat tapi sengaja diendahkan kerana mengikut trend terkini yang diasaskan oleh barat. Sememangnya cara berpakaian yang kamu cakap itu adalah salah, tapi kita tidak boleh terus meletakkan kesalahan itu diatas bahu mereka. Iya memang itu salah mereka, tapi sebagai khalifah atau pemimpin itu sudah menjadi tugas kita untuk menegur dengan syarat tegur cara sopan. Jangan terus herdik. Tidak. Mana boleh macam itu. Biarlah penuh hikmah. Baru senang hati yang mendengar kan kan kan ^_^"


"ooo. Tapi bikin rosak agama bah macam itu..Satu lagi yati, kenapa orang yang balik dari pegi naik haji, sampai sini tapi masih juga buat jahat, berjudi padahal naik haji sudah banyak kali. Bukankah sepatutnya orang tu berubah? Lain betul. Kenapa Islam macam itu?"


Alhamdulillah, kali ini ada jawapan untuk menjawabnya. Alhamdulillah


"ok, saya mahu tanya ni..Dalam agama kamu, ada ka perkara-perkara yang dilarang oleh agama kamu? Bagi satu perkara yang dilarang saja."


"hmmmmmm dalam agama kami, kami tidak boleh makan lembu yang kami sembelih dan kami masak. Kami hanya boleh makan lembu yang orang lain sembelih."


"aikkkk kenapa pula??? Ok. Tidak apa. Sekarang ni, katakan bapa kamu sembelih lembu, lepas tu mama kamu masak dan kamu sekeluarga pun makan dengan penuh seleranya. Tapi macam yang kamu kata, kamu tidak boleh makan lembu yang disembelih oleh kamu dan dimasak oleh kamu melainkan yang disembelih oleh orang lain. Jadi persoalannya disini, siapa yang salah, salah kamu atau salah agama kamu???"


Dia hanya terdiam. Saya yakin dia sudah menemukan jawapannya.


"Nah, tidak boleh kan kalau saya kata itu salah agama kamu?? Agama kamu sudah larang macam itu, tapi kamu buat juga. Salah itu pada diri kamu sendiri sebab mungkir dengan janji tuhan kamu. Begitu juga dengan Islam. Allah sudah bagi satu garis panduan untuk kami sebagai orang islam....."


"...Berbalik dengan soalan kamu tadi, kenapa orang yang sudah berkali-kali naik haji tapi masih juga buat jahat, berjudi dan sebagainya dan kamu tanya kenapa Islam macam itu?? Tidak. Islam bukan macam itu, bukan macam orang yang kamu maksudkan. Sama macam kes sembelih lembu. Salah itu siapa? Kamu atau Agama kamu? Dan untuk kisah naik haji ni, salah siapa?? Salah Islam atau salah orang yang naik haji???"


"Kita tidak boleh salahkan agama dalam segala hal. Bukankah setiap agama yang ada menuntut penganutnya berbuat kebaikan?? Ada ka agama yang menyuruh penganutnya berjudi, mencuri dan sebagainya? Ada? Rasanya tiada kan. Sepatutnya kalau hal tu terjadi, orang disekeliling dia kena tegur. Tapi macam yang saya cakap tadi, tegur la dengan hikmah. Jangan sesekali tegur dikhalayak ramai. Malu nanti dia. Itu salah satu hak dia tau. Kita kena jaga hak dia."


~~Ya Allah, semoga apa yang diperkatakan olehku adalah perkara yang betul dan semoga mudah untuknya membuang tanggapan buruk mengenai Islam yang melekat di mindanya. Sesungguhnya hamba yang hina dan penuh dosa ini memohon keampunan kepadaMU~~

Friday, November 18, 2011

WANITA...PEREMPUAN...GADIS...

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.

Wednesday, November 2, 2011

Manusia Biasa

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.